Make your own free website on Tripod.com







X P D C Seni - Belum














Home | .





Sekumpulan 20 pelukis dan penggiat seni visual telah mengadakan ekspedisi di hutan Belum, pada 30 Sept. hingga 3 Oktober 2005. Jaafar Taib, Johan Marjonid, Zaharuddin Sarbini, Hamidi Hadi, Raduan Norudin, Hijaz Mohamad, Hamidon Ahmed, Syed Omar dan ramai lagi telah mengambil bahagian. Tujuan ekspedisi ialah memdedahkan keindahan Belum kepada para pelukis. Hasil dari ekspedisi ini diharapkan penggiat seni visual dapat meghasilkan karya yang baik bertujuan mempromosi Belum kepada khalayak di dalam pameran senilukis yang akan diadakan tahun hadapan.

semangat.jpg
pelajar UiTM Machang, cekap mengendalikan bot.

senyum.jpg
Dato Mahsun senyum gembira memulakan perjalanan

randuk.jpg
Meranduk air Sungai Kenyir 1km

sejuk.jpg
Sejuk air Sungai Kenyir

Sampai jam 8.30 malam (30 Sept 2005). Hujan renyai-renyai, pakaian basah kuyup. Ada yang tidur dalam kesejukan.
1 Okt 2005:
-Melawat Kg Orang Asli
-Memancing
-Tracking








































Program XPDC dianjurkan oleh Angkatan Pelukis Darul Ridzuan dengan kerjasama Perbadanan Perhutanan Perak. Sebanyak 4 bot digunakan untuk pengangkutan para peserta dan barang-barang. Sepanjang perjalanan sungguh asyik dengan pemandangan yang indah, luar biasa bagi yang pertama kali datang ke Tasik Banding. Lebih kurang 2 hingga 3 jam barulah sampai ke destinasi, Muara Sungai Kenyir. Disitu terdapat sekumpulan Orang Asli yang mendiami kawasan tersebut, selaku penjaga site-camp.






bot.jpg
Perjalanan melawat perkampungan Orang Asli

asli.jpg
Orang Asli keturunan Temiar

pancing.jpg
Hamidi Hadi berposing di sebalik batang kayu di Kuala Sungai Kenyir

buah.jpg
Buah 'rambai hutan'

2 Okt 2005:
-Memancing
-Menjejak Sira
-Berpuisi

amirul.jpg
Amirul Fakir menyampaikan puisi di malam yang dingin, bersaksikan pelita...

dscn1450.jpg
Batang balak dalam air

dscn1478.jpg
Panorama indah

dscn1415.jpg
aktiviti merakam habitat hidupan air dan darat






Para peserta juga dibekalkan buku lakaran untuk sketching. Kebanyakan peserta dapat melakarkan tidak kurang dari lima sketching spontan berdasarkan penemuan yang difikirkan sesuai untuk lakaran. Hasil lakaran itu diharapkan akan bercambah ide untuk digarapkan pula di media kanvas atau sebagainya bagi tujuan pameran seni-Belum.
 
Selain itu para peserta rata-rata membawa kamera masing-masing untuk merakam objek untuk dijadikan subjek karya. Jaafar Taib asyik merakam binatang dan unggas rimba, Johan Marjonid dengan panorama hutan diwaktu pagi, tengahari dan senja, Zaharuddin Sarbini berminat dengan imej yang terbentang luas, manakala lain-lain peserta merakam aksi-aksi dan objek secara fokus.
 
Peserta dikehendaki menyiapkan beberapa karya ( 3 - 5 karya ) untuk tujuan pameran. Medium adalah bebas. Bentuk pameran adalah secara jelajah ke bandar-bandar besar Malaysia yang akan ditentukan kemudian. Tujuan utama ialah mempromsi Belum, oleh yang demikian APDR berharap akan mendapat kerjasama dari kerajaan negeri Perak di bawah naungan Raja Nazrin Shah untuk mencapai maksud tersebut. APDR juga berharap siri jelajah mencapai hingga ke Singapura untuk menarik pelancung dari sana berkunjung ke Belum.








































Disediakan oleh : Raduan Bin Norudin. raduanorudin@yahoo.com, Biro Penerangan & Promosi Angkatan Pelukis Darul Ridzuan,